Guna Voice Note Untuk Bina Soalan Google Forms & Komen Dalam Google Docs / Sheets / Slides / Classroom - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 29 December 2021

Guna Voice Note Untuk Bina Soalan Google Forms & Komen Dalam Google Docs / Sheets / Slides / Classroom



Assalamualaikum gais... 

Cuti Christmas yang lalu, saya cuba ambil ujian ringkas Mote ni... Mote ni adalah extension yang di install pada Google Chrome. Ia berfungsi untuk kita memasukkan voice note dalam aplikasi Google seperti Google Docs, Google Slides, Google Sheets, Google Forms & Google Classroom. 


Berguna sekiranya kita nak menyemak latihan murid-murid... Boleh hantar voice notes jer... Hihi... Kalau murid tak install Mote ni kat device dorang pun takpe... Murid masih boleh dengar semua voice note yang dihantar oleh guru. 


https://www.mote.com/




Cara nak gunakan Mote di Google Docs/Slides/Sheets... Klik je kat Comment. Pastu bolehlah masukkan suara korang kat situ... As simple as that. Bukan setakat suara jer, nak taip komen dan masukkan emoji pun boleh... Hanya masukkan tanda colon/titik dua bertindih (:) dan taip perkataan yang sesuai, nanti list emoji akan terpapar... So, boleh pilih je yang mana yang dikehendaki...




Kalau nak masukkan soalan mendengar kat Google Forms pun boleh... Tak perlu taip, masukkan voice note saja... Best jugak fungsi ni... Boleh la buat kaedah ni untuk uji kemahiran mendengar (listening skill)... 




Dalam Google Classroom pula, Mote boleh dirakam pada private comments, direct comments pada kerja murid, class comment & stream...


Murid boleh respon Mote dengan cara menghantar voice note jugak, atau dengan menaip komen / emoji.


Mote trancsript juga boleh di translate dalam pelbagai bahasa. Audio kekal dalam bahasa asal...


Boleh tonton video ni sebagai rujukan tambahan... 




Sekiranya berminat nak ambil ujian MOTE Certified Educator, silakan... Soalan ada 15 jer... Tapi nak mendapatkan sijil, perlu capai sekurang-kurangnya 12/15 (80%). Jom ramai-ramai kita cuba Mote ni dan ambil ujian Mote Certified Educator... Saya dah selamat dah... Hehe...




Ni link nya... 


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScofp80GLsF_UyPddoxtTqDIr9Mkz77UhS4Ttfaops24DbIWg/viewform


Yang mampu boleh subscribe plan... Sebelum subscribe, kita cuba yang free version dulu... 😁




Okay, sekian perkongsian untuk hari ini... Take care, gais! Jangan lupa patuhi SOP! Semoga Allah pelihara kita semua dari segala bahaya... Aamiin... 


Nota kaki : Kebaikan yang kita berikan kepada orang lain sesungguhnya adalah kebaikan yang kita tanam untuk diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment