Perkongsian Pengalaman : Certified Cybersecurity Awareness Educator (CCAsE) Exam - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 18 January 2022

Perkongsian Pengalaman : Certified Cybersecurity Awareness Educator (CCAsE) Exam


Assalamualaikum gais! 


Apa kahabar semua? Alhamdulillah cuti Thaipusam hari ni dapat dimanfaatkan dengan membuat sedikit coretan dalam blog ini... Sejak dua menjak ni tak sempat nak update blog. Banyak perkara yang perlu dipelajari di tempat baharu... Yes, lagi banyak kita tahu sebenarnya lagi banyak yang kita tak tahu... Serius!~ 


Macam tak sedar dah hampir lapan bulan di tempat baharu, alhamdulillah, sudah boleh menyesuaikan diri sikit, namun masih banyak yang perlu dipelajari... Dalam kesibukan, sempat juga saya join bengkel Certified Cybersecurity Awareness Educator (CCASE) pada Oktober lalu... Since bengkel diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, jadi saya dapat ambil kesempatan untuk turut serta menimba ilmu... Bengkel tersebut dianjurkan oleh Cybersecurity Malaysia. Boleh baca post tentang bengkel tu kat link ni... Malas plak nak flashback! LOL! 😂


Baca tentang perkongsian Bengkel Certified Cybersecurity Awareness Educator (CCAsE)


https://www.raihanjalaludin.com/2021/10/certified-cybersecurity-awareness.html


Rezeki sangat dapat menyertai bengkel CCAsE yang fully sponsored ni. Thank you kepada penaja! Kalau ikutkan ada beberapa bengkel Cybersecurity yang sangat saya minat nak sertai... Salah satunya adalah bengkel Digital Forensics... Cyber CSI gituhh... Tapi bengkel ni bengkel berbayar... Ribu-ribu jugak kalau tak salah... Huhu... InsyaAllah ada rezeki dan berkelapangan, bolehlah dipertimbangkan.... Kot ada yang menaja ke, bolehlah... Boleh PM tepi... Hahahahaah...  😂



Perkongsian tentang Exam untuk menjadi Certified Cybersecurity Awareness Educator (CCSAsE)


Bengkel dah selesai, jadi tibalah masanya nak kena ambil exam pulak ye... Hahaha... Sedikit perkongsian tentang exam yang boleh saya kongsikan di sini... Ujian CCAsE ni dijalankan secara atas talian tapi perlu pergi ambil exam tersebut di Cybersecurity Training Centre, Cyberjaya. Rezeki saya dapat ambil exam tu pada Jumaat lalu... Bukan semua peserta dapat ambil exam pada masa yang sama, hanya beberapa seats sahaja yang akan dibuka setiap bulan. Maklum la situasi Covid ni, mereka perlu limitkan bilangan calon sesuai dengan keadaan dan saiz bilik peperiksaan. So, kena grab cepat-cepat... Kena daftar untuk exam tu cepat. Link untuk mendaftar exam akan diterima melalui email... 


Exam berlangsung selama satu jam tiga puluh minit secara atas talian... Kebanyakkan soalan adalah berbentuk situasi. 60 soalan semuanya dalam bentuk multiple choice question (MCQ). Soalan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Dimaklumkan, keputusan peperiksaan akan diperoleh dalam tempoh 2 minggu... Mohon doa dari semua...  Soalan agak mencabar minda juga. Harapnya kami yang ambil exam hari tu, berjayalah! Aamiin... 


Sesi Gathering Selepas Exam


Kebetulan sudah lama tak berjumpa dengan rakan-rakan, jadi kami ambil kesempatan untuk berkumpul lepak-lepak, makan-makan dekat area Hotel yang kami menginap... Lama betul tak jumpa dengan geng-geng Johor ni... Ariff, Yati, Kamal, Firman, Ummu, Afiqah, Adnin, Hairil Fitri... Last jumpa mereka semasa program di Johor pada hujung tahun 2019... https://www.raihanjalaludin.com/2019/11/sharing-session-cafe-2019-btpn-johor.html 


Amir yang memang dari KL pun turut join kami skali... Lepas kerja terus sampai kat port. Haha... Btw, saya ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah untuk rakan saya, Amir Othman... Pertama, tahniah kerana dia baru je melangsungkan perkahwinan, Christmas lalu... Kedua, tahniah kerana sudah dilantik menjadi penolong pengarah di Lembaga Peperiksaan... Syabas, bro!










Sempat jugak bersantai-santai di DPulze Shopping Centre... Mall ni memang walking distance dari hotel... Memang tak lepaskan peluang ler... Kikiki... Walaupun sekejap jer dapat berjumpa dengan mereka, jauh di mata, dekat di hati... Mereka ni antara sifu-sifu saya... Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri... Alhamdulillah... 💓




InsyaAllah... ada rezeki, panjang umur... berjumpa lagi... Doakan kejayaan kami...


Nota kaki: Hilangkan berharap pada mahluk dari hatimu, maka engkau akan merasakan nikmat berharap kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment