Cara Menukar Perkataan Dalam Google Sheets Dengan Pantas - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 13 February 2022

Cara Menukar Perkataan Dalam Google Sheets Dengan Pantas

 


Hai gais! Assalamualaikum...


Lama betul rasanya saya tak menulis blog... Agak sibuk sekarang ni. Semoga Allah beri kesempatan kepada saya untuk terus berkongsi ilmu di sini. Tak banyak, sedikit pun jadilah... Buat menambah-nambah pahala... 


Pagi tadi lepas subuh sempat hiking di Bukit Kledang sekejap. Lama dah tak ke sini, rasanya hampir setahun kot tak naik... Rasa segar sikit badan bila peluh jantan keluar merecik-recik... Haha... Tak sampai ke puncak, cuma sampai kat check point jer... Jadilah... Lepak-lepak kat taman ambil udara segar, since sekarang ni memang musim hujan, memang segar sangat rasanya... Menikmati keindahan alam setelah sekian lama asyik mengadap komputer... Huhu... Cuaca memang cantik nak hiking, elok redup... Alhamdulillah...




Okay, hari ni saya nak kongsikan tips ringkas bagaimana kita nak tukarkan perkataan tertentu dalam Google Sheets / Microsoft Excel. Bila mengurus data atau apa-apa maklumat dalam Google Sheets/Excel, ada kala kita perlu menukar perkataan tertentu. Caranya mudah sangat... Tak perlu formula bagai... 


Google Sheets


Untuk Google Sheets, gunakan fungsi Find & Replace. 


1) Klik pada menu Edit - Find and Replace



2) Pada ruangan Find, taipkan perkataan yang kita nak cari... dan pada ruangan Replace, taipkan perkataan baru yang kita nak gantikan.


3) Klik pada butang Replace All - Done.



Microsoft Excel


Untuk Microsoft Excel, gunakan fungsi yang sama... Find & Replace. 


1) Klik pada menu Home - Find & Select - Replace


2) Kaedah sama macam Google Sheets... taip perkataan yang nak dicari pada ruangan Find. Kemudian perkataan gantian dimasukkan dalam ruangan Replace.


Selesai...




Okay, mudah je kan... Ilmu ni sangat asas, simple dan bermanfaat terutama ketika mengurus data yang banyak... Jenuh nak cari satu per satu... Jadi ni la kaedah paling mudah. Satu lagi cara nak mudah untuk mencari perkataan tertentu adalah dengan menggunakan kekunci CTRL+F... kemudian taiplah perkataan yang dicari tu dalam ruangan FIND... Tak perlu nak scroll satu per satu... Senang sangat... Okay, selamat mencuba!


Nota kaki : Kecantikan fisik hanya akan mendapat perhatian dari mata, tetapi kecantikan keperibadian akan mendapat perhatian dari hati.

No comments:

Post a Comment