Assalamualaikum semua...
Apa khabar? Saya harap semua rakan saya baik-baik sahaja... Dalam kita dok berjaga-jaga pun masih boleh kena wabak Covid-19 ni, sebab wabak ni dah tersebar di merata-rata tempat... Masing-masing perlu jaga diri sendiri. Sentiasa patuhi SOP, pakai mask... kerap-keraplah cuci tangan ya...
Pengalaman menjadi Covid19 fighter bukan mudah, dua tiga hari juga saya flat... Tidur sepanjang hari... Demam, sakit kepala... selsema, sakit tekak, memang pakej... Hadap sahajalah... Huhu...
Apa pun... Semuanya dari Allah... Ujian untuk saya. Moga-moga asbab dari kesakitan ini, Allah limpahkan pahala & hapuskan dosa-dosa saya. Aamiin... Alhamdulillah, semakin beransur baik... Allah beri masa untuk menginsafi dan bermuhasabah diri...
19 Februari lalu saya disahkan positif Covid19. Awalnya saya hanya contact rapat kepada rakan tempat kerja. 4-5 kali buat test kit, bacaannya negatif... Tapi, rasa tak sedap hati sebab sakit kepala lain macam... Petang 19 Februari tu saya decide untuk buat ujian RTK di klinik... Dan... Keputusannya POSITIF! Allahu... Ujian untuk saya... Petang tu juga saya dah mula demam & sakit kepala bertambah teruk.
Drive thru di belakang klinik untuk buat RTK... |
Hari berikutnya adalah kemuncak serangan... Demam datang sekali dengan package selsema yang teruk, batuk, sakit kepala melampau... Memang tidur jer sepanjang 2-3 hari tu. Sejujurnya saya dah lama sangat tak demam panas macam ni. Memang terasa flat... Penat... Sangat tak selesa sebab badan rasa bahang, panas... Tekak rasa pahit... Jadi memang tak lalu nak minum air masak banyak-banyak... Saya buat infused water guna lemon... Bila ada rasa lemon, masam-masam sikit, boleh la teguk air banyak sikit...
Dek kerana selsema teruk sangat, mula hilang rasa / bau... Syukur diuji dengan hilang deria tak lama... Hilang dua tiga hari saja, bukan permanent. Terasa macam hilang nikmat masa tu tau. Nak makan, minum, tak rasa apa dah... Allahu...
Sakit tekak memang tak boleh nak dibawa berbincang. Teramat sakit... Tak pernah lagi kena sakit tekak camni rasanya... Kebetulan kat rumah ada ubat kumur yang klinik beri... Dah habis sebotol kecil, tekak sakit masih takde nampak tanda-tanda nak baik... Ubat hisap, Stepsils, macam-macam dah makan, masih tak ok... Cari punya cari, ada rakan yang mencadangkan ubat kumur Betadine. Alhamdulillah lepas guna 2 hari ubat kumur Betadine tu, sakit tekak berkurang... Patut la viral ubat kumur ni, memang berkesan untuk saya.
Petua Viral Covid 19
Rezeki bila ada yang tolong hantarkan kelapa muda. So, saya cuba ikut petua yang viral sekarang ni... Air kelapa muda + garam + limau nipis + madu...
Petua ni bagi saya agak membantu juga. Rakan-rakan yang sedang diuji Covid19 bolehlah mencuba... Ikhtiar...
Ubat-ubatan Covid 19
Ni antara ubat-ubatan yang saya gunakan sepanjang dijangkiti Covid19... Agak serasi untuk saya. Supplement tambahan, saya masih ambil sehingga hari ni terutama Cold Away tu. Semua ubat ni sebagai ikhtiar sahaja, yang menyembuhkan Allah SWT...
Batuk - Ubat Batuk Prospan, Ubat batuk gamat madu Hurix
Demam - Panadol
Sakit Kepala - Ponstan (yang ni makan masa day 1-3 je, sebab sakit kepala sangat-sangat)
Sakit tekak - Strepsils MAX, Difflam, ubat kumur Betadine
Selsema - Clarinase, Zyrtec
Supplement tambahan - Berocca, Kordel's - Cold Away, Kordel's Vitamin C
Covid19 ni bukan main-main... Saya yang dah complete dose pun terasa sakitnya. Sentiasalah berhati-hati, sentiasa beringat & bersyukur... Allah nak tarik nikmat kesihatan, sekejap je... Tiba-tiba jer... Saya bersyukur juga diberi kesakitan ni... Setidaknya dapatlah saya merasa macam mana rasa penangan wabak ni. Selama ni dok dengar cerita orang je, bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru la tau macam mana... Kan...
Bersyukur juga tak diuji dengan kesakitan yang terlalu serius... Setakat kes 2A je... Kalau yang tahap 4, tahap 5 tu saya tak boleh bayangkanlah macam mana... Sama-samalah kita jaga keluarga kita, diri kita dari wabak ni ya... Sakit wehhh... Serius... Badan pun rasa lain macam tau. Rasa macam lemah jer.
Kepada rakan-rakan yang sedang diuji dengan wabak Covid19, saya doakan semuanya kembali sihat seperti sedia kala. Allah uji kerana Allah tahu kita mampu menghadapinya. Sentiasa positif, teruskan berdoa agar Allah ringankan dan angkat segala kesakitan dengan segera. Take care, semua... Terima kasih kepada semua yang mendoakan & membantu... Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Aamiin..
BACA PERKONGSIAN TIPS BERKESAN UNTUK SAKIT TEKAK, SELSEMA, BATUK COVID19
Nota kaki : Bersyukur dalam kesederhanaan adalah awal dari kehidupan masa depan yang bersyukur dalam kehebatan.
No comments:
Post a Comment