Perkongsian Tips Berkesan Untuk Sakit Tekak, Selsema, Batuk Covid19 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 13 March 2022

Perkongsian Tips Berkesan Untuk Sakit Tekak, Selsema, Batuk Covid19



 Assalamualaikum semua...


Hai! Hari ni saya nak kongsikan tips yang agak berkesan untuk merawati sakit tekak, batuk, selsema yang berpunca dari Covid19. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya tidak menjual ubat-ubatan ni... Sila dapatkan dari farmasi ya... Saya juga bukan doktor nak mencadangkan ubat itu ini untuk kalian semua. Saya hanya berkongsi pengalaman sahaja... 


Actually simptom Covid19 ni tak sama. Ada orang mungkin tak teruk sangat, ada yang kena teruk... Ada yang selsema, ada yang tidak. So, it depends. Macam saya haritu memang lengkap pakej yang saya dapat, demam, batuk, selsema teruk, sakit kepala melampau, sakit tekak yang teruk, kelesuan... Memang macam tak berdaya rasanya... Huhu... 


Ni antara ubat/supplement yang saya cuba dan nampak kesan yang baik pada diri saya. Saya kongsikan kepada rakan-rakan yang mungkin sedang menghadapi simptom yang sama. Mungkin boleh cuba...


1) Ubat kumur Betadine (Betadine Gargle & Mouth Wash)


Yang ni memang bagi saya sangat berkesan untuk menghilangkan sakit tekak. Saya dah cuba guna 2 jenis ubat kumur, tapi tak begitu berhasil untuk menyembuhkan sakit tekak yang saya hadapi. Kebetulan ada rakan yang mengesyorkan Ubat Kumur Betadine ni, saya cuba dapatkan... Alhamdulillah, selepas menggunakan dalam tempoh 2 hari, sakit tekak yang saya alami berkurang sangat-sangat..  Betadine ni ada dalam bentuk spray juga... Tapi saya hanya guna ubat kumur. Itu pun dah sangat baik! Syukur... 


Sumber : Google Image


2) Kordel's Cold Away


Yang ni dicadangkan oleh rakan saya, Cikgu Rizzman. Terima kasih, Rizz... Saya masih batuk teruk walaupun dah habis tempoh kuarantin. Selsema, sakit tekak apa semua dah ok, batuk ler pulak. Memang kesan Covid19 pada tubuh kita akan ambil masa untuk pulih semula... Cuma rasa tak selesa bila batuk teruk. Alhamdulillah, selepas mencuba supplement ni, memang batuk saya berkurang... Supplement ni pun memang agak sukar nak didapati di farmasi sekarang ni, mungkin sebab dah viral kot... Huhu... Tengok review pun ramai yang recommend supplement ni untuk selsema, batuk... 



3) Air Kelapa Muda + Madu + Garam + Limau Nipis


Saya pernah lihat perkongsian tentang ni kat media sosial. Rakan saya Cikgu Siti Rahayu Ngali pun ada mencadangkan kepada saya untuk try buat air kelapa ni... Alhamdulillah, Saya dah cuba. Air kelapa muda + madu + garam + limau nipis... Sedap & agak berkesan untuk saya... Mungkin rakan-rakan yang sedang positif pun boleh cuba. 


BACA PENGALAMAN SAYA POSITIF COVID19


Okay la, sekian sahaja perkongsian untuk kali ini... Semua ni hanya usaha & ikhtiar... Yang menyembuhkan, Allah SWT... Banyakkan berdoa. Semoga perkongsian ini bermanfaat... Take care! 


Nota kaki: Kesihatan adalah anugerah terindah yang terkadang lupa untuk kita syukuri. 

No comments:

Post a Comment