Cara Menyemak Keadaan Trafik Semasa - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 17 April 2022

Cara Menyemak Keadaan Trafik Semasa



 Salam 15 Ramadhan, gais!

Apa khabar, semua? Harap semuanya sihat ya... Sekejap je kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah nak raya... Memandangkan tahun ni dah boleh merentas negeri, saya percaya ramai rakan-rakan saya yang tak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman... Mungkin ada juga yang dah plan nak pergi bercuti ke mana-mana.


Sekarang ni dah mudah... Sebelum memulakan perjalanan, kita dah boleh check keadaan trafik. Jadi, kalau dah nampak jalan tu jammed sangat, mungkin kita boleh reschedule perjalanan kita atau mungkin boleh memikirkan laluan alternatif yang lebih baik... Nampak tak betapa mudahnya, awal-awal kita dah boleh rancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang disediakan... Semua paparan gambar adalah live diambil menerusi CCTV yang ada di laluan-laluan tersebut dan akan di update dalam beberapa minit. So, what you see on the web, itulah keadaan sebenar di lebuhraya... Ada beberapa cara nak semak keadaan trafik semasa. Boleh lihat dibawah ya...


CARA MENYEMAK KEADAAN TRAFIK SEMASA




1) https://www.llm.gov.my/awam/cctv


Boleh pilih LEBUHRAYA - gambar akan terpapar... Walaupun dalam bentuk gambar, tapi gambar tu di update setiap beberapa minit ya... So, memang terkini la, bukan gambar lama pulak... Kalau dilihat pada gambar pun memang ada dinyatakan tarikh dan masa... 


Satu lagi boleh guna web ni untuk semak keadaan lalu lintas...




2) https://www.jalanow.com/


Buat pilihan nombor 1, 2, 3 atau 4


Pilihan 1 untuk KL - Putrajaya


Pilihan 2 untuk Highway yang ada dalam Malaysia ni... 


Pilihan 3 untuk Penang Bridge (Jambatan Pulau Pinang)


Pilihan 4 untuk Johor - Singapura


Kemudian, boleh buat pilihan untuk memaparkan gambar CCTV yang dikehendaki. 


Nak semak kadar bayaran tol? 


Boleh baca kat post saya di blog satu lagi ya... https://www.raihanstory.com/2022/04/cara-menyemak-kadar-tol.html


Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini... Semoga bermanfaat untuk semua ya... Saya doakan semua pembaca blog saya dapat pulang ke beraya ke kampung & sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Aamiin... Take care, gais! 💗


Nota kaki : Lelahnya bekerja bisa menjadi penghapus dosa jika niatnya lillahi taala. 

No comments:

Post a Comment