Cara Untuk Troubleshoot PC Secara Jarak Jauh - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 10 April 2022

Cara Untuk Troubleshoot PC Secara Jarak Jauh



Hai gais!


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, ada masa free sikit ni dapatlah nak berkongsi ilmu di blog ni... Sibuk sangat-sangat 2-3 minggu ni... Hari ni baru rasa lapang sikit... Macam mana semua? Sihat ke? Selamat berpuasa ya...


Okay hari ni saya nak kongsikan satu lagi tips yang mana bagi saya sangat berguna & ramai yang tak alert tentang kewujudan fungsi ni dalam laptop masing-masing... Benda dah lama ada, kita je yang lalai... Hahaha... 😂


Bukan Setakat Troubleshoot, Boleh Akses PC Secara Jarak Jauh


Sebenarnya, kita boleh bantu rakan / ahli keluarga yang berada di mana-mana sahaja untuk troubleshoot laptop/PC mereka secara jarak jauh. Kot la ada mak ayah, kawan-kawan atau anak-anak yang duduk jauh di asrama, jauh dari kita, mengalami masalah dengan PC/laptop mereka... Mungkin boleh guna kaedah ni untuk bantu mereka... Hmm... pada saya bukan setakat troubleshoot je, macam-macam lagi anda boleh buat sebenarnya dengan kaedah ni sebab anda boleh request untuk dapatkan akses penuh (take full control) kepada PC/laptop tersebut. Boleh buka segala apps/dokumen/browser dll yang ada dalam laptop tu dari jauh...  


Windows 10 ke Atas


Pastikan kedua-dua PC/laptop menggunakan Windows 10 ke atas ya... Maksud saya, laptop yang digunakan untuk membantu troubleshoot dari jauh dan juga laptop yang nak di troubleshoot... Dua-dua mestilah menggunakan Windows 10 keatas.


Cara Untuk Troubleshoot PC / Laptop Secara Jarak Jauh


1) Pergi ke menu SEARCH pada taskbar laptop / PC, taipkan QUICK ASSIST

    Dua-dua laptop buat perkara yang sama...




2) Untuk yang nak membantu atau mengakses laptop satu lagi... Anda klik pada butang ASSIST             

    ANOTHER PERSON


3) Untuk yang nak PC / laptop nya di akses orang lain... Anda tunggu nombor kod dari 'pembantu' 

     anda, masukkan nombor kod tersebut, kemudian klik SHARE SCREEN.



4) Untuk yang nak membantu atau mengakses laptop satu lagi... Anda akan dapat notifikasi samada 

    nak TAKE FULL CONTROL atau hanya VIEW SCREEN sahaja. Setelah memilih, pihak yang 

    ingin dibantu akan dapat notifikasi untuk membenarkan pilihan anda. 


**Untuk step ni, hati-hati ya... Pastikan anda berkongsi akses TAKE FULL CONTROL dengan pihak yang boleh dipercayai.


5) Pada paparan 'pembantu' akan ada menu seperti resize, pause, stop, chat dll... Anda boleh 

    menggunakan fungsi chat untuk memberi bantuan... Boleh minta pemilik PC/laptop klik kat mana-

    mana ke, suruh buka apps apa-apa ke... Anda guide melalui chat... 

   

   Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi pen untuk annotation pada skrin, untuk guide pihak 

  yang memerlukan bantuan tu... Fungsi-fungsi ni mungkin sangat berguna sekiranya anda hanya 

  memilih untuk VIEW SCREEN. Jika pilih TAKE FULL CONTROL, rasanya anda boleh control 

  sendiri semuanya... Tak perlu minta pemilik PC/laptop buat apa-apa pun takpe... Hehe... 


Okay, untuk menambah kefahaman, boleh rujuk post dan video ni... 


https://support.microsoft.com/en-us/windows/solve-pc-problems-over-a-remote-connection-b077e31a-16f4-2529-1a47-21f6a9040bf3



Okay gais... Semoga perkongsian kali ni bermanfaat. Lepas ni kalau ada apa-apa masalah dengan PC/laptop, mungkin boleh minta bantuan rakan-rakan atau ahli keluarga terlebih dahulu.. Walaupun mereka jauh beribu batu, boleh jer cuba kaedah ni... Tak perlu nak ke kedai komputer unless kalau dah cuba buat tapi tak berjaya, sila lah hantar ke kedai... Hihihi...


Sekian sahaja dari saya. Take care, gais! Saya nak masuk dapur memasak untuk berbuka... Babai. 


Nota kaki : Orang bijak akan membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment