Assalamualaikum gais!
Cuti sekolah seminggu dah nak habis... Hukss... Hari ni saya nak share cara macam mana nak tukar ownership group Telegram. Benda ni jarang-jarang berlaku... Tapi kadang-kadang terpaksa dibuat atas sebab-sebab tertentu... Contohnya, korang owner group Telegram sekolah, tiba-tiba kena transfer ke sekolah lain... atau pun bersara ke... So, tak kan la korang nak jadi owner group tu lagi kan... Huhu..
Ada cara macam mana nak tukarkan hak milik Group Telegram tu... Mudah jer... Yang penting jangan dibubarkan dulu Group tersebut. Buat langkah-langkah ini untuk memberi akses kepada orang lain untuk menjadi pemilik Group itu pula...
Cara Untuk Menukar Ownership Group Telegram
1) Pertama sekali... Lantik seseorang yang ada dalam group tu sebagai admin. Kalau dia dah memang admin, boleh terus pegi ke step kedua.
2) Kemudian pegi ke EDIT - ADMINISTRATORS - PILIH NAMA ADMIN yg nak dilantik menjadi owner group Telegram yang baru.
3) Pastikan admin ni diberi akses untuk tambah admin baru... on kan butang ADD NEW ADMINS..
4) Lepas tu boleh klik TRANSFER GROUP OWNERSHIP
Siap! Korang boleh la left group kalau dah rasa tak perlu berada dalam group tu lagi...
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ni... Semoga bermanfaat untuk semua. Take care! 💖
Nota kaki : Failure is another stepping stone to success.
No comments:
Post a Comment