Hai gais!
Assalamualaikum... Lamanya saya tak menulis kat blog ni... Memang agak sibuk sedikit sekarang ni. Alhamdulillah, hari ni ada rezeki nak berkongsi ilmu di sini.
Laman Scribd ni agak popular untuk kita dapatkan bahan-bahan perkongsian dari orang lain... Contoh kertas kerja, contoh pelan operasi, bahan-bahan pembentangan dan macam-macam lagi ada kat laman ni... Tapi itu lah... tak semua mukasurat dalam dokumen yang dapat dibaca... Ada yang sudah di lock... Ni ada beberapa cara nak download bahan dari Scribd dengan mudah. Boleh la cuba ya...
CARA 1
1) Pergi ke laman scribd.com
2) Buat carian dokumen yang diperlukan. Copy URL dokumen tersebut.
3) Pergi ke laman https://dlscrib.com/
4) Paste URL yang telah di copy pada ruang DOCUMENT URL
5) Klik GENERATE DOWNLOAD LINK
6) Bahan sudah boleh dimuat turun... Klik pada butang DOWNLOAD / PRINT (Boleh rujuk gambar di bawah).
CARA 2
Cara ni saya jumpa kat FACEBOOK... Tapi dengan cara ni rasanya kita hanya boleh baca sahaja dokumen tu. Macam tak boleh nak download... Ke saya yang silap kaedah, tak taulah... Hehe... Tapi okay la, at least boleh preview kesemua mukasurat.
1) Pergi ke laman scribd.com
2) Buat carian dokumen yang diperlukan. Copy nombor kod yang ada pada URL bahan tersebut... (hanya nombor sahaja)
3) Buka tab baharu... Copy & paste link ini...
4) Gantikan xxxxx pada link di atas tu dengan nombor yang terdapat pada link dokumen yang hendak dibuka....
Siap! Dokumen sudah boleh dibaca... Yay!~
Boleh rujuk video ni...
CARA 3
Upload apa-apa bahan untuk dikongsikan di Scribd.
Apa pun, yang terbaik adalah dengan melanggan Scribd untuk melayakkan anda mendapat fungsi penuh aplikasi tersebut!
CARA 4
Boleh cuba laman-laman alternatif ini...
Sekian sahaja perkongsian hari ni... Semoga bermanfaat!
Nota kaki : Jika Allah memilihmu, tandanya kamu mampu.
No comments:
Post a Comment