Idea PdP Menggunakan Smart TV - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 27 August 2022

Idea PdP Menggunakan Smart TV


Hai semua... 

Assalamualaikum..

Apa khabar? Sekarang ni ada banyak sekolah yang dah ada smart TV. Tak kira la dalam kelas ke kat mana-mana dalam kawasan sekolah... Hari ni saya nak berkongsi sedikit idea untuk gunakan Smart TV sebagai salah satu alat dalam mempelbagaikan PdP.  


Sambungkan je laptop pada TV tu... tak kisah la nak sambung guna kabel HDMI ke, nak buat secara mirroring ke atau bluetooth, apa-apa jer asalkan skrin komputer terpapar dalam TV tu... 


Haa.. lepas tu dah boleh buat macam-macam! Hehe... Ni antara aktiviti menarik yang boleh dicuba yang mungkin dapat membantu meningkatkan penglibatan murid dalam PdP. Boleh cuba ya... 


1) Menonton dokumentari 


2) Menonton video Youtube


3) Menonton rakaman pendek 


4) Menonton iklan / short clip / kartun dll

Video tak semestinya dari Youtube... Mungkin dari sumber-sumber lain... Facebook misalnya, atau memang ada video dalam laptop cikgu... Cuma pastikan bila buat aktiviti menonton, ada juga aktiviti lain seperti melengkapkan infografik / peta minda / kuiz ringkas dll. 

So, sambil murid menonton, bolehlah mereka jawab soalan-soalan tu... melengkapkan cerita, menjawab soalan, melengkapkan peta ithink, mengenal pasti perkataan tertentu (perkataan berlawan, adjektif, dll) dan macam-macam lagi aktiviti... Kalau tidak, tonton hanya sekadar tonton je la... Tak tau mereka 'dapat' sesuatu ke tak dari apa yang ditonton tu, fokus ke tidak... kan... 


5) Movie Review - Ni pun sama, murid menonton movie... bagi lembaran untuk dilengkapkan... Mungkin boleh minta mereka senaraikan watak, plot, watak yang mereka suka, tempat, tajuk cerita, buat banding beza tentang watak dll.


6) Timer - Paparkan timer pada TV. Paling simple, pergi je ke Google.com dan taipkan perkataan TIMER... Timer akan muncul di skrin!  Ini membantu murid-murid untuk berlatih melengkapkan satu-satu tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.


7) Monitor noise level - Boleh baca kat post saya yang ni... https://www.raihanjalaludin.com/2019/04/kawal-kebisingan-kelas-dengan-noise.html


8) Aktiviti senaman ringan - Pasang lagu atau video senaman ringkas untuk murid ikuti...


9) Google Earth - Gunakan aplikasi https://earth.google.com/

Macam-macam yang boleh dibuat dengan apps ni... Nak tengok timelapse perubahan sesuatu kawasan dari tahun-tahun terdahulu hingga kini, nak tengok peta... tengok tempat-tempat bersejarah, menarik dll. Cubalah!



10) Fieldtrip - Membawa anak-anak murid bereksplorasi & 'bersiar-siar' ke tempat-tempat bersejarah/menarik dll menggunakan pelbagai aplikasi... Kiranya buat lawatan tapi hanya dari dalam bilik darjah... Pergi zoo, muzeum, taman dan lain-lain tempat... Seronok tau! 😂 https://www.raihanjalaludin.com/2019/07/bawa-tempat-sebenar-dalam-bilik-darjah.html


11) Simulasi - Yang ini sesuai untuk subjek sains... Simulasi interaktif yang sangat menarik & membantu meningkatkan pemahaman murid-murid. Boleh baca post saya yang terdahulu... https://www.raihanjalaludin.com/2022/02/laman-simulasi-interaktif-untuk-subjek.html


12) Belajar origami / melukis - Boleh cari di FB atau Youtube... Ada banyak video-video ringkas yang memaparkan tentang seni lipatan kertas / lukisan / kaedah mewarna dengan cantik... Mungkin membantu murid dalam menyiapkan projek ringkas...


13) Bacaan - Yes... Boleh gunakan banyak e-book percuma untuk aktiviti NILAM. 

https://www.raihanjalaludin.com/2018/09/perpustakaan-digital-digital-library.html  

https://www.raihanjalaludin.com/2019/03/koleksi-cerita-kanak-kanak-dalam-bahasa.html

https://www.raihanjalaludin.com/2019/03/koleksi-cerita-kanak-kanak-bahasa.html

Selain itu, boleh cuba buat aktiviti bacaan melalui kaedah ini... https://www.raihanjalaludin.com/2021/09/cara-paling-mudah-untuk-annotate.html


14) Membentang hasil kerja murid - Ambil gambar hasil kerja murid, transfer masukkan dalam komputer... atau mungkin boleh gunakan kamera untuk paparkan kerja murid tersebut.


15) Games - Ada banyak games yang boleh murid-murid cuba dalam PdP... Murid tertentu jawab di depan (pada laptop cikgu), murid lain mungkin boleh membantu mereka menjawab soalan...

https://www.raihanjalaludin.com/2020/12/aplikasi-membina-game-pendidikan-paling.html?m=1

https://www.raihanjalaludin.com/2021/06/aplikasi-game-interaktif-comel-mudah.html?m=1


16) Lagu yang menenangkan - Mungkin boleh try pasang lagu-lagu yang meningkatkan motivasi murid, lagu yang menenangkan sepanjang PdP... Mana tahu boleh bantu improve mood & fokus murid-murid... kan!


17) Hafal surah - Mungkin boleh mainkan surah tertentu untuk dibaca / dihafal... Selain Youtube, boleh gunakan ni juga... 

https://www.raihanjalaludin.com/2018/09/laman-pembelajaran-al-quran-30-juzuk.html 

https://www.raihanjalaludin.com/2016/01/mp3-quran-30-juzuk.html


18) Perbincangan - papar soalan, murid bincangkan bersama... atau beri tajuk, murid bincangkan... 


19) Carian melalui Google Search... makna perkataan ke, cari maklumat ke... 


Okay sekian sahaja perkongsian hari ini... Semoga bermanfaat! 


Nota kaki : Angin tidak berhembus untuk menggoyangkan pepohonan, melainkan menguji kekuatan akarnya. 

No comments:

Post a Comment