Assalamualaikum gais!
Apa khabar semua? Hari ni saya nak berkongsi satu lagi apps yang bagi saya agak menarik untuk dicuba... Aplikasi ni mudah nak digunakan, simple dan nampak macam lebih kurang dengan Canva. Saya memang pengguna tegar Canva, so bila jumpa apps yang lebih kurang sama, memang rasa teruja nak try. Not bad. Banyak templates menarik dan design tak la sepesen macam Canva. Ada nampak lain sikitlah... Hehe...
Okay, setakat ni apps Adobe Express masih lagi percuma untuk digunakan. Namun begitu, ada fungsi premium yang ditawarkan. So kalau nak gunakan fungsi premium, kena la melabur sikit. Saya guna yang free version jer. Itu pun dah cukup cantik dah!
Okay, jom tengok macam mana nak gunakan apps Adobe Express ni...
1) Pergi ke laman www.express.adobe.com
2) Daftar masuk menggunakan akaun Google / Facebook / Apple / Email atau Adobe ID.
3) Klik butang tambah (+) untuk memilih jenis projek yang akan dihasilkan. Anda juga boleh memilih terus pada menu sedia ada - Instagram story, Instagram post, Facebook post, poster, logo dll. Anda boleh memilih template yang disediakan atau memulakan projek dari tapak yang kosong. Nak gunakan menu carian pun boleh... Taip je nak buat projek apa kat situ, akan keluar senarai dan templates nya...
4) Namakan projek... Setelah itu, boleh mula mengedit hasil kerja menggunakan fungsi-fungsi yang disediakan...
Discover - untuk carian secara keseluruhan misalnya teks, gambar, template dll
Templates - Contoh-contoh hasil kerja sedia ada yang boleh diedit
Text - Untuk memilih tulisan / font yang sesuai
Shapes - Memilih bentuk
Design asset - Gambar sedia ada dalam Adobe Express... Jadi kalau nak cari apa-apa gambar, taip je...
Background - Pilihan Latar belakang
Logos & Resize - Perlu melanggan fungsi premium untuk menggunakan menu-menu ini.
Colour - Pilihan warna.
Animation - Untuk masukkan fungsi animasi pada tulisan, gambar dll
Layout - Pilihan susun atur paparan
Design - Apps ni akan berikan cadangan susun atur secara automatik... Boleh try... Kalau rasa tak berkenan dengan cadangan yang diberikan, boleh klik butang UNDO.
Photo - Yang ni untuk masukkan gambar samada gambar dari dalam komputer atau dari carian Adobe Stock. Bila gambar dah masuk, boleh double click kat gambar untuk mengedit... Nak buang background ke, nak crop ke apa ke... Boleh jer...
Boleh guna ukuran custom jugak... Max of 6000px, Bila dah siap, boleh download hasil kerja dalam format yang dikehendaki. Nak share kat Media Sosial pun boleh...
Okay gais... Sekian perkongsian hari ini... Jangan lupa try tau! Jaga diri... Babai...
Nota kaki : Titik terendah bukanlah tempat untuk kamu menyerah tapi titik terendah adalah tempat untukmu berpijak membangunkan tapak kukuh nan megah.
No comments:
Post a Comment