Cara Mendaftar & Meminjam Buku Perpustakaan Negara Secara Online - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 13 November 2022

Cara Mendaftar & Meminjam Buku Perpustakaan Negara Secara Online




Hai semua... Assalamualaikum...


Sejak pandemik melanda, perpustakaan atas talian amatlah membantu terutama bagi penggemar buku. Selain itu, penggunaan perpustakaan online ini juga rasanya sedikit sebanyak membantu murid-murid menjalankan aktiviti NILAM terutama sewaktu mereka menghabiskan masa di rumah. 


Saya agak teruja melihat koleksi buku-buku elektronik yang banyak dalam portal u-pustaka. Portal ni adalah usaha pihak Perpustakaan Negara Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang untuk kita mengakses ke pengkalan data untuk membaca ribuan buku elektronik yang dimuatkan di situ. Sebelum meminjam buku, kita perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu... Jom tengok macam mana nak jadi ahli!


CARA MENDAFTAR MENJADI AHLI U-PUSTAKA




1) Pergi ke laman https://www.u-library.gov.my/portal/ms/web/guest/home Kemudian, klik DAFTAR SEKARANG.



2) Daftar menggunakan nombor kad pengenalan... Isikan semua butiran yang diperlukan. Pastikan masuk email yang tepat sebab nanti mereka akan hantar link pengesahan akaun kat email kita...



3) Pilih ID & kata laluan yang sesuai dan mudah diingat. Walau bagaimana pun, sila baca panduan yang disediakan di tepi tu untuk melihat syarat-syarat penetapan ID & katalaluan... Berapa minimum aksara ke apa ke... Tengok kat situ ya.


Okay, selesai mendaftar ahli, tunggu email notifikasi. Check email, klik link pengesahan yang diberikan untuk sahkan akaun. Yay! Selesai... Dah boleh pinjam buku... Hehe...


CARA MEMINJAM BUKU 



1) Pergi ke laman https://www.u-library.gov.my/portal/ms/web/guest/home dan klik LOG MASUK. Masukkan ID dan password yang didaftarkan...


2) Klik PENGKALAN DATA


3) Pilih PENGKALAN DATA yang dikehendaki. Contohnya saya pilih PNM Overdrive


4) Bila dah masuk di pengkalan data PNM Overdrive, log masuk menggunakan U-Pustaka Account dengan memasukkan ID & kata laluan yang sama macam mula-mula daftar tadi...  


5) Boleh mula browse buku & pilih nak pinjam buku mana... Buku kanak-kanak yang ada fungsi read-along pun ada tau!



6) Klik butang BORROW untuk meminjam. Tempoh masa meminjam akan dipaparkan. Setiap pengguna dibenarkan meminjam 10 buah buku dalam satu masa. 


Okay, macam mana nak cari semula buku yang dipinjam tu? 


Pergi ke icon buku, sebelah My Account... Tengok kat LOAN... Di situ kita boleh lihat senarai buku yang kita pinjam... Boleh klik untuk baca buku tersebut.



Sekian perkongsian saya untuk hari ni... Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Saya doakan semuanya selamat hendaknya... Bye!


Nota kaki: Jadilah seperti bunga yang memberikan keharuman bahkan pada tangan yang menghancurkannya. - Ali bin Abi Thalib

No comments:

Post a Comment