Hai gais...
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lama betul tak menulis blog... Masa agak terhad sekarang ni. FB pun lama jugak tak update. Hukss... Semoga tahun 2023 saya dapat kembalikan momentum macam sebelum-sebelum ni untuk berkongsi ilmu & bahan dalam blog ini... Doakan semoga Raihan Jalaludin istiqamah menulis... Aamiin ya Allah... Moga-moga Allah izinkan, insyaAllah.
Okay hari ni saya nak kongsikan template Digital Planner untuk kegunaan tahun 2023... Kalau ada rakan-rakan yang nak menggunakannya, silakan download ya... Editable. Tambah je teks, gambar ke icon ke logo sekolah ke, terpulang kepada citarasa masing-masing...
Digital Planner 2023 ni mungkin berguna untuk merancang program-program, aktiviti, cuti, dsb. Jika dilihat, Digital Planner 2023 yang saya kongsikan ini bewarna warni. Jadi kalau nak print macam kena fikir banyak kali... Haha... Saya cadangkan kita gunakan secara digital je la ya... Tak payah print... Nak jadikan ia atas talian atau tidak, terpulang kepada kalian...
Macam mana nak jadikan Digital Planner tu LIVE & boleh dilihat oleh orang lain?
1) Download planner tersebut.
2) Kemudian upload masukan dalam drive masing-masing. Tukarkan menjadi format Google Slides.
3) Edit - masukkan maklumat tentang program sekolah / program panitia / aktiviti unit dll dalam kotak-kotak tarikh yang disediakan.
4) Share link kepada rakan-rakan / guru-guru di sekolah. Set tetapan VIEW ONLY, jadi mereka hanya boleh VIEW sahaja Planner yang dikongsikan tu...
5) Update Digital Planner 2023 tersebut apabila perlu... Semua yang ada link Planner yang korang kongsikan tu, boleh tengok segala aktiviti yang disusun mengikut tarikh kat dalam tu. Setiap perubahan terkini juga dapat dibuat & dilihat on the spot.
Berikut dikongsikan Planner dalam 2 versi. Klik pada versi (format) yang dikehendaki untuk download ya... 😉
Untuk format PDF, boleh edit & digunakan terus menggunakan aplikasi Microsoft Edge... Gunakan jer fungsi Add Text, Draw, Highlight dll kat menu...
Yang guna ipad / Microsoft Surface / tablet boleh gunakan pen korang untuk terus conteng-conteng ya... Hehe...
Yang ni dalam format Power Point. Kalau nak guna, just insert text box jer... Tambahlah perkataan / teks... Selain itu, nak add icon, gambar pun boleh... Terpulang kepada keperluan masing-masing ya... Nak jadikan Planner 2023 ni LIVE dan boleh dilihat oleh semua warga sekolah, sila rujuk point 1-5 yang dikongsikan di atas.
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Sama-sama kita menuju ke arah paperless. Gituhh!~ 😁
By the way, saya buat template ni menggunakan aplikasi Canva. Saya olah template yang sedia ada untuk menjadi seperti yang dimahukan... Yay! Kredit juga kepada kalendar kuda yang saya ambil dari blog Malaysiatercinta.
Nota kaki : Tak mampu berlari, cubalah berjalan... Tak bisa berjalan, cubalah merangkak... Sedikit demi sedikit, yang penting istiqamah... 💕
No comments:
Post a Comment