Cara Menghasilkan Lukisan Digital Yang Cantik - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 11 February 2023

Cara Menghasilkan Lukisan Digital Yang Cantik


 Assalamualaikum...


Hai semua... Apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan satu perkongsian ringkas tentang bagaimana untuk menghasilkan lukisan digital yang cantik, berkualiti dan nampak macam professional dengan menggunakan aplikasi Autodraw.


Apps ni dah lama dah ada dan sangat mudah untuk digunakan. Nak ajar murid-murid menggunakan apps ni pun okay jer sebab murid-murid tu mesti teruja melihat lukisan mereka di'cantikkan' dengan pilihan-pilihan yang dicadangkan oleh apps ni... 


Apps ni berguna untuk mereka yang membuat bahan pengajaran, so kalau tak pandai lukis, korang guna je apps ni, apps ni akan tukarkan lukisan korang menjadi grafik yang cantik. Memang sesuai sangat kalau nak lukis clipart dsb untuk hasilkan BBM...


Cara Menggunakan Aplikasi Autodraw


1) Pergi ke laman www.autodraw.com


2) Lukis gambar menggunakan mouse atau pen digital pada kanvas yang disediakan. Lukisan tak cantik pun tak apa... 




3) Cadangan-cadangan gambar akan muncul di bahagian atas.


4) Pilih gambar yang bersesuaian.




5) Boleh gunakan menu di tepi untuk warna gambar, masukkan teks dll... Kalau nak kecilkan saiz gambar, klik je pada gambar tu, kemudian resize macam biasa... Siap!~


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat... Take care! 💗


Nota kaki: Jangan benci apa pun yang Allah pilihkan untukmu.. Kerana pilihanNya pasti mengandungi kebaikan yang banyak, meski saat ini kamu belum mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment