Assalamualaikum gais!
Apa khabar? Diharapkan semua sihat ya... Okay, hari ni saya nak kongsikan satu lagi tips ringkas tentang cara untuk membuka fail Microsoft Word, PowerPoint, Excel dll sekiranya kita terlupa nak tekan butang SAVE... Kadang-kadang ada juga kes dimana kita rasa benda tu tak penting dan kita memang tak SAVE, tapi tiba-tiba rasa macam nak guna balik fail tu... Haa... Boleh cuba ikuti kaedah yang dikongsikan ni...
Cara Untuk Membuka Fail Microsoft Yang Tidak Disimpan (Recover)
1) Buka aplikasi seperti biasa. Tak kisah la Microsoft Word ke Power Point ke Excel ke...
2) Klik kat blank Presentation (PowerPoint) / Workbook (Excel) / Document (Word)
3) Klik pada menu FILE - INFO - MANAGE DOCUMENT - RECOVER UNSAVED DOCUMENTS
4) Dokumen yang terpadam sudah boleh dibuka semua... Yay!~
Semak Setting AUTORECOVER
Secara amnya, memang default setting telah ON fungsi untuk Autorecover segala dokumen yang kita hasilkan. Namun, untuk memastikan setting tersebut, korang boleh check kat OPTION (rujuk gambar di atas). Menu OPTION ada di bawah sekali tu... Check supaya next time kalau terlupa nak SAVE kerja, masih boleh dibuka lagi dengan mudah...
1) Klik OPTION - SAVE
2) Pastikan kotak KEEP THE LAST AUTORECOVERED VERSION IF I CLOSE WITHOUT SAVING ditandakan (checked)
Sekian perkongsian ringkas hari ini... Semoga bermanfaat. Babai!
Nota kaki:- Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut.
No comments:
Post a Comment