Perghhh... Tajuk memang ngeri kali ni... Serius!
Assalamualaikum gais... Ada sesapa pernah cabut kuku kaki? Cuba share pengalaman korang... Sebulan yang lalu, saya terpaksa menjalani pembedahan kecil untuk mencabut kuku ibu jari kaki. Allahu... Sakit giler weihh... Terasa-rasa lagi sampai sekarang ngerinya tu... Tak tau la mungkin pengalaman kita tak sama... Sumpah, memang sakit giler! Kalau boleh memang tak nak saya ulang lagi benda macam ni... Moga-moga Allah pelihara diri kita... Aamiin...
Ini semua punca...
Puncanya kuku ibu jari tu memang 'sakit'... Tak tau la kenapa, kuku tu jadi renggang dengan isi dengan sendirinya... Doktor kata berkemungkinan disebabkan oleh eczema... Ibu jari tu jadi bengkak, merah, so bila pegi klinik, doktor kata kuku tu dah infected. Dia try nak selamatkan, dia bagi tempoh 3 hari untuk suntik antibiotik dan buat dressing... Tapi malangnya, hari keenam, nanah start keluar dari bawah kuku tu... Kat tengah-tengah kuku, so memang susah la segala ubat nak sampai ke situ... Nak tak nak, doktor suruh buang jugak kuku tu supaya bawah kuku yang bernanah tu boleh dirawat.
Masa diberitahu nak buang kuku tu serius gigil wehhh... Dah la pegi klinik sorang-sorang... Kau rasa! Tapi dek kerana risau masalah-masalah lain yang akan datang jika bawah kuku tu tak dirawat, terpaksalah redha jer...
Cucuk bius yang menyakitkan... Sobs!
Bila ingat balik memang macam lawak la jugak... Belum apa-apa, saya dah menangis... Masa cucuk bius, 3 jab... Kiri, kanan, depan ibu jari... Korang bayangkan dah la jari bukan ada isi sangat pun, kena cucuk sampai ke tulang... Punyalah sakit sampaikan saya menangis-nangis kat situ... Hahahaha... Nurse & doktor pun cuak tengok saya... Meraung wehhh... Sakittttt!
Okay dah settle bab bius, doktor ikat jari tu dengan getah ketat-ketat... Alasannya untuk elak darah terlalu banyak semasa proses mencabut kuku tu. Lepas tu operation kecil pada kuku kaki tu pun dijalankan. Yes, kuku ibu jari kaki saya tu dibuang keseluruhannya... Masa tu dok nangis so macam tak sedar, tiba-tiba dah settle... Ambil masa kurang 30 minit prosedur dari mula cucuk bius sampai la cabut kuku...
Ingatkan dah keluar bilik operation tu dah selesai dah... Lepas ambil ubat, masuk je dalam kereta, sakit dah mula terasa... Sampai rumah tak payah ceritalah... Ya Allah... memang betul-betul sakit! Makan ubat tahan sakit pun macam takde makna sangat, sebab memang terasa sakit... Menangis sampai penat, lepas tu tertido... Haihhh...
Snap gambar ni dalam tangisan... Haha... Tu kuku yang dicabut tu... 😖 |
Tips penjagaan selepas cabut kuku
Sempat juga saya buat carian tentang penjagaan selepas cabut kuku, salah satu tips berguna adalah, masa nak tido, tinggikan kaki untuk kurangkan bleeding. Memang betul... Bleeding kurang tapi sakit ya ampunnn... Huhu... Semakin hari semakin kurang sakit cuma yang merisaukan saya bila luka tu tak kering-kering... Walau pun darah dah berhenti tapi cecair kekuningan masih keluar dari luka tu... Jari pun bengkak tambah-tambah kalau banyak berdiri atau berjalan...
Rupanya hasil carian & pembacaan saya, memang luka cabut kuku ni ambil masa agak lama untuk kering... Tambah-tambah kita dah berusia, kalau budak mungkin cepat je sembuhnya... kan... Bengkak tu adalah kerana pembentukan jaringan untuk luka tu sembuh. Kiranya tempoh penyembuhan memang akan bengkak sikit jari tu... Macam tu la lebih kurang.
Beri perhatian semasa melakukan dressing...
Walau bagaimana pun, saya memang sentiasa beri perhatian sewaktu dressing jari tu... Mungkin ini tips untuk orang lain juga... Pastikan cairan kuning tu tak berbau & tak bernanah... Selain itu, pastikan luka bersih dan sentiasa kering. Sakit sikit tu memang normal... Rasa macam ngilu sebab kuku tak ada kan... Tapi kalau sakit sangat-sangat, berkemungkinan dah terinfeksi... Jadi, kalau luka tu berbau atau sakit sangat, korang pegi la klinik semula ya... Secara normalnya luka tu akan semakin hari semakin kurang sakit dan semakin kurang cairan yang keluar...
Alhamdulillah, selepas seminggu kuku tu dicabut, dapat mula bertugas semula cuma terpaksa kurangkan aktiviti yang melibatkan kaki - berdiri, jalan... Bukan apa, kalau banyak berdiri / berjalan, jari tu jadi bengkak sangat... Memang perlu banyak rehat untuk kaki tu... Hampir dua minggu juga la jalan pun tehincut-hincut sebab sakit masih terasa. Sakit cabut kuku satu hal, sakit bekas cucuk bius tu satu hal juga... Huhu... Bertambah sakit bila luka yang dah mula nak mengering tu melekat pada gauze, bila bukak gauze, berdarah semula... Stress betul!~
Bila berada di rumah, memang saya tak balut luka tu terutama bila dah masuk minggu ketiga... Luka pun kecil je, jadi bila tak dibalut, alhamdulillah sudah kering sendiri...
Dressing guna ubat dressing yang putih clear tu dan antibiotic cream. |
Demikian kisah saya yang diuji dengan kesakitan ini. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya. Walaupun diuji dengan kesakitan, saya tetap bersyukur. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Kalau sebelum ni semua makanan pantang nampak, tapi dek kerana sakit ni banyak makanan yang saya pantangkan untuk elak luka tu dari gatal, bernanah & sukar sembuh...
Alhamdulillah... Luka macam dah mula kering dan bengkak pada ibu jari tu pun dah mula surut. Ambil masa 3-4 minggu juga nak kering. Harap-harap Allah berikan kesihatan yang baik buat saya & kalian semua... Aamiin... ya robb.
Jaga diri ya, semua... 💖
Nota kaki : Ada dua nikmat yang manusia tertipu kerananya iaitu; kesihatan dan kesempatan. (HR Bukhari)
cancel terus. niat nak cabut kuku
ReplyDelete