Assalamualaikum & salam sejahtera semua...
Infografik adalah merupakan salah satu medium komunikasi visual yang mana selalunya pembaca akan nampak almost semua maklumat penting tentang sesuatu perkara hanya dalam satu paparan sahaja. Tak kisahlah dalam paparan yang bersaiz besar atau paparan yang bersaiz skrin komputer sahaja...
Infografik ni umpama rumusan kepada informasi penting yang lazimnya diolah dan disusun dalam satu paparan. Kiranya macam nak tukar maklumat yang kompleks kepada bentuk visual yang difahami... Gituh!
Selalu kita nampak infografik ni dalam laporan, pembentangan, artikel dll. Sedikit berbeza dengan poster yang mana poster digunakan untuk mempromosi produk, acara, kempen, iklan atau pun idea.
Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk menghasilkan infografik yang menarik & relavan. Mungkin kita boleh sama-sama mempertimbangkan point-point yang dinyatakan dibawah ini semasa menghasilkan infografik agar ianya berkualiti dan berimpak tinggi. Bukan senang nak bagi orang paham apa yang kita cuba sampaikan melalui grafik... Apa pun, practice makes perfect... Lama-lama nanti pasti kita boleh lalukannya dengan sempurna! InsyaAllah...
TIPS UNTUK MENGHASILKAN INFOGRAFIK MENARIK DAN RELEVAN
Ini antara perkara-perkara yang perlu di ambil kira semasa menyediakan infografik...
✅ Pemilihan data / maklumat yang relevan dan tepat untuk dipaparkan dalam infografik.
✅Tentukan tujuan infografik - adakah ia untuk membentangkan data, menjelaskan tentang produk atau servis yang ditawarkan atau sumber infomasi.
✅ Pemilihan warna - Warna latar, warna font yang menarik dan contrast.
✅ Pemilihan Font yang mudah dibaca.
✅ Susun atur maklumat - berstruktur, sistematik, senang dibaca dan mudah difahami.
✅ Tajuk & Maklumat yang penting perlu di'highlight'kan... Cara nak highlight bukanlah dengan menggunakan highlighter pulak tau... Hehe... tapi dengan menggunakan kreativiti-kreativiti seperti susun atur (mungkin boleh letak di ruang paling atas atau di tengah-tengah), saiz font yang berbeza (mungkin dibesarkan sedikit), warna font yang berbeza, Bold, dll...
✅ Pilih icon-icon yang sesuai
✅ Tidak terlalu sarat dengan perkataan / ayat yang panjang-panjang. Maklumat ringkas & padat.
✅ Minimalis
✅ Pandangan orang lain (end user) - Minta pandangan rakan-rakan tentang infografik yang dihasilkan itu samada maklumat tersampai kepada mereka atau tidak... Kalau mereka masih bertanya macam-macam, maksudnya infografik anda perlu ditambah baik lagi. Mungkin ada data / maklumat yang perlu ditambah pada infografik tersebut.
Sekian sahaja perkongsian dari saya. Saya pun masih belajar buat infografik yang berkualiti, menarik dan relevan... Yelah, bukan mudah nak tukarkan maklumat dalam bentuk visual. Memang memerlukan kreativiti yang tinggi.
Nak terlampau kreatif sangat pun tak boleh juga... Nanti orang tak paham pulak! Hahaha... Dah terlampau di luar kotak sampai orang tak paham... Kau dah kenapa?! 😂
Nota kaki : Pelajari sesuatu dari hidup ANDA. Sesuatu yang mampu mengubah hidup anda kearah yang benar dan baik.
No comments:
Post a Comment