Assalamualaikum gais...
Macam mana hari ni? Sihat? Okay la, sambil-sambil bercuti tu, jom belajar cara menukar warna ikon hitam / putih menjadi bewarna-warni... Mungkin ada rakan-rakan yang dah tau ilmu ni... Alhamdulillah. Yang tak tau lagi, boleh la try... Jom jom...
Selama ni kalau saya guna icon dalam Power Point, memang satu warna jer... Rupanya satu icon tu boleh dipecah-pecahkan bahagiannya dan diwarna-warni kan... Nak warnakan tu mudah jer...
Cara Menukar Warna Ikon Hitam / Putih Kepada Warna-Warni Dalam Power Point
1. Pada Menu Power Point, klik INSERT - ICONS
2. Pilih ICON yang dikehendaki
3. Setelah ICON terpapar pada slide, klik kanan pada ICON - UNGROUP - Klik YES
4. Klik pada ICON dan gunakan fngsi FILL untuk mewarna.
(Untuk icon yang ada satu imej sahaja, tak perlu buat langkah (3) tu... Boleh terus FILL jer...)
Siapppp!~ Senang je kan... Okay, harap lepas ni semua presentation kita meletopsss kebabomm cantik! Hahaha... 4 steps je pun, haruslah boleh buat kannn...
Take care, semua... Babai~
Nota kaki : Jadilah penyantun jika engkau diuji dengan sebuah kemarahan & jadilah penyabar jika engkau didatangi oleh sebuah musibah.
No comments:
Post a Comment