Kandungan Fail Pemulihan Khas - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 16 March 2023

Kandungan Fail Pemulihan Khas



 Assalamualaikum semua...


Dah start meeting ke tu? Dah mula dah kesibukan guru-guru... Memang faham sangat minggu-minggu akhir cuti, memang macam ni lah cikgu... Sibuk macam mana pun, jangan lupa jaga diri ya... Nanti kalau sakit, diri kita yang menanggung... Jaga diri tau! Hehe... 


Okay, hari ni saya nak kongsikan kandungan fail Pemulihan Khas. Saya hasilkan menggunakan Canva. Tapi saya dah masukkan dalam Power Point. So, kalau korang nak edit, korang just insert text jer kalau nak tambah apa-apa perkataan ya... Kalau nak masukkan lencana sekolah pun boleh juga. Insert picture saja... Mudah jer, insyaAllah... 


Isi kandungan Fail Pemulihan Khas


1) Fail Individu Murid

1.1) Borang Pencalonan Murid

1.2) Profil Murid Pemulihan Khas

1.3) Ujian Saringan & Diagnostik

1.4) Rekod Prestasi Ujian Diagnostik

1.5) IPMBDP & ISD

1.6) Hasil Penilaian Yang Dijalankan

1.7) Catatan & Lain-lain Dokumen




2) Lembaran Kerja 

2.1) Bahasa Melayu

2.2) Matematik


3) Data Prestasi Murid

3.1) KPI

3.2) APDM

3.3) Headcount

3.4) Rekod Perkembangan Murid


4) Perancangan Program Pemulihan Khas

4.1) Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi

4.2) Takwim Program

4.3) Carta Gantt

4.4) Jadual Waktu

4.5) Borang Tindakan Susulan

4.6) Laporan Program



5) Pengurusan Pemulihan Khas

5.1) Biodata Guru

5.2) Surat Lantikan 

5.3) Carta Organisasi

5.4) Minit Mesyuarat

5.5) Sukatan Mata Pelajaran

5.6) Surat Menyurat

5.7) Penyeliaan & Pencerapan

5.8) Inventori


Diharap perkongsian Partition atau pun kandungan Fail Pemulihan Khas ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan guru-guru Pemulihan Khas. Ada template kosong diberikan... Kalau rasa nak tambah apa-apa item lagi, silakan ya... Boleh custom sendiri... Editlah dan sesuaikan dengan keperluan kelas Pemulihan Khas di sekolah anda... Jika berminat, boleh download ya... 😁


DOWNLOAD : Isi Kandungan Fail Pemulihan Khas


Semua tu takde warna latar belakang, so kalau nak print pada kertas bewarna pun takde masalah... Saya prefer kertas A4 putih jer... Nampak kemas, bersih, minimalis... Huhu... Apa pun terpulang kepada kalian... Nak kertas warna apa, up to you... 


Sekian sahaja dari saya... Semoga bermanfaat! Take care... Babai!~


Nota kaki : Menyepi itu penting supaya kamu benar-benar bisa mengamati apa yang menjadi isi dari keramaian.

1 comment:

  1. Saya download ye, terima kasih banyak, semoga urusan sis sentiasa dipermudahkan Allah S.W.T

    ReplyDelete